RAJA Afiq dan teman wanita.
Ardini Sophia Sina
hellinie@hmetro.com.my


RAJA Afiq Raja Razali tidak bimbang apabila netizen mendakwa dia pelakon yang menghamilkan bekas teman wanita dan enggan bertanggungjawab.

Pelakon drama bersiri Sayangku Kapten Mukhriz itu ketika ditemui berkata, dia tidak tahu namanya dikaitkan dengan cerita panas itu sehinggalah ditanya media.

“Saya tidak pernah dengar pun gosip ini. Saya juga tidak tahu netizen mengesyaki saya pelakon yang dimaksudkan dalam gosip berkenaan.

“Saya tidak faham apa yang menyebabkan mereka membuat dakwaan seperti itu. Rasanya saya tidak perlu ambil tahu kerana tiada kaitan dengan saya pun.

“Saya tidak berkecil hati dengan tanggapan orang itu. Saya hanya ingin fokus pada kerjaya,” katanya yang kini menjalinkan hubungan dengan wanita dengan gelaran Queen Bee.

Terdahulu, media melaporkan dakwaan wanita 20-an yang menjalin hubungan dengan pelakon terkenal sehingga hamil.

Bagaimanapun, pelakon terbabit enggan bertanggungjawab dan menghilangkan diri.

Sebelum ini, pelakon Idris Khan turut dikaitkan dengan kontroversi berkenaan dan menafikan dakwaan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 November 2017 @ 5:28 PM