Aiman bersama kakaknya yang juga penyanyi Fara Hezel. FOTO NURUL SHAFINA JEMENON
Michelle Gun


PENYANYI terkenal Aiman Tino menerima sijil Malaysia Book of Records (MBOR) apabila menjadi artis pertama Malaysia memperoleh jumlah tontonan muzik video tertinggi di YouTube menerusi lagu Ku Rela Dibenci.

Sehingga November lalu, single sulung penyanyi berusia 20 tahun itu mendapat lebih 41.3 juta tontonan di YouTube sejak dimuatnaik pada Mac 2016.

Setakat hari ini, muzik video lagu ciptaan bapa Aiman, Yusri Ishak sudah mencecah 43 juta tontonan di YouTube.

Sijil MBOR disampaikan kepada Aiman oleh Setiausaha Akhbar, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Zulkifli Bujang dan Pegawai Urusan Aries Music, Dexter Koh pada majlis berlangsung di ibu kota, petang tadi, hari ini.

Aiman berkata, pencapaian itu diharapkan menjadi pembakar semangat kepada penyanyi tanah air.

"Saya tidak menganggap penghargaan ini sebagai persaingan dengan penyanyi lain. Saya ucap terima kasih kepada peminat kerana sokongan mereka membantu saya mencapai kejayaan ini," katanya.

Berita berkaitan:

Apa nak kata lagi Aiman...

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 January 2018 @ 7:40 PM