Video eskalator Hairul berlaku tahun lalu. FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ/Youtube
Video eskalator Hairul berlaku tahun lalu. FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ/Youtube
Syanty Octavia Amry


PELAKON Hairul Azreen memohon maaf atas video yang tular di laman YouTube yang menampilkan dirinya dalam keadaan ‘terbang’ di atas eskalator di sebuah kompleks beli belah.

Hairul,30, dihubungi berkata, dia tidak sedar apa yang dilakukan itu tidak bagus malah mengakui tidak terfikir boleh melakukan aksi sedemikian.

"Apa saya lakukan adalah secara spontan kerana merasa saya seorang pelakon lagak ngeri, saya terlupa dan galak melakukan aksi seperti itu.

"Apa yang berlaku adalah kesilapan dan mematangkan diri namun tidak sangka ia tular," katanya.

Menurutnya lagi, video itu sudah lama dan kejadian berlaku tahun lalu namun tidak faham mengapa baru sekarang disebarkan.

"Saya tidak faham kenapa baru sekarang video tular. Mungkin saya sudah dikenali orang mulalah mencari video-video saya dalam keadaan tidak sepatutnya," katanya.

Pada 25 Januari lalu Hairul dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah untuk memberi keterangan berhubung kes melepaskan tembakan ke udara tanpa memiliki lesen di Kampung Parit Jerman, Sitiawan pada 2016.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 January 2018 @ 7:02 PM