Hael Husaini kagum dengan semangat kental Nabila (kiri). FOTO MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT/NURUL SHAFINA JEMENON
Hael Husaini kagum dengan semangat kental Nabila (kiri). FOTO MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT/NURUL SHAFINA JEMENON
Georgie Joseph


PENYANYI Hael Husaini mengakui hubungannya dengan penyanyi Nabila Razali adalah istimewa namun bukan dari sudut percintaan.

Hael, 31, mengakui memang sangat rapat dengan penyanyi lagu Pematah Hati itu yang disifatkannya antara rakan industri paling dekat padanya.

Namun begitu dia tidak terfikir untuk ke tahap bercinta dengan Nabila seperti disangka ramai sebaliknya berharap mereka berdua makin maju dalam karier muzik.

“€œSaya dan Nabila adalah antara sahabat yang sangat rapat dalam industri. Kami sentiasa berkongsi apa juga pengalaman dalam industi dan saya sangat kagum dengan semangatnya yang tidak berputus-asa.

“€œKeserasian antara kami sangat kuat memandangkan bermula dari bawah. Tapi saya harus puji usahanya yang tidak jemu berusaha membina namanya.

“€œRamai juga mengatakan jodoh antara kami kuat disebabkan muka kami ada iras-iras tapi saya ambil itu sebagai usikan saja. Saya sangat menghargai persahabatan kami dan tidak anggap hubungan itu lebih daripada seorang kawan,”€ katanya.

Menurut pemenang Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32) itu, buat masa sekarang dia mahu mengenepikan soal percintaan memandangkan kariernya sendiri baru memuncak.

“Saya ‘haramkan’ seketika hati daripada bercinta buat masa ini.

Terlalu banyak masih perlu saya fokus untuk karier muzik dan tiada lain di fikiran sekarang selain mahu terus kukuhkan nama,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Mac 2018 @ 7:44 PM