IMAM Muda Asyraf. FOTO arkin NSTP


ISTERI kepada Imam Muda Asyraf iaitu Nur Husna Yusof selamat melahirkan cahaya mata perempuan, 2.53 pagi semalam.

Asyraf yang berkongsi khabar gembira itu menerusi Instagram peribadinya meluahkan rasa syukur di atas kelahiran terbabit.

“€œAssalamualaikum semua. Ungkapan syukur alhamdulillah atas kurniaan anugerah ini. Tepat jam 2.53 pagi tadi (semalam) pada tarikh 23 Mac 2018 bersempena 5 Rejab 1439H, isteri saya Nur Husna Yusof selamat melahirkan anak perempuan,” tulisnya.

Menurut Asyraf, dia memohon semua pengikut mendoakan yang terbaik buat kelahiran bayi perempuan pertama dalam kelurganya.

“€œDoakan semoga anak dan ibunya diberi kesembuhan, kesihatan dan kebaikan di dunia dan akhirat.

“€œDoakan juga buat kami sekeluarga semoga kelahiran insan baru dalam keluarga kami menambah keberkahan berpanjangan. Semoga Allah merahmati keluarga kami dan kalian semua,” tulisnya.

Imam Muda Asyraf atau nama lengkapnya, Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan, mendirikan rumah tangga pada 2010 dan dikurniakan dua anak lelaki, Aisy Raihan dan Aisy Abdurrahman.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Mac 2018 @ 12:45 PM