X
PERSEMBAHAN Erra Fazira pada konsert sempena Gegaria Fest di Pusat Kovensyen dan Pameran MATRADE. FOTO Saddam Yusoff
PERSEMBAHAN Erra Fazira pada konsert sempena Gegaria Fest di Pusat Kovensyen dan Pameran MATRADE. FOTO Saddam Yusoff
Sudirman Mohd Tahir


“Terbukti cakap-cakap saya nak berkahwin bulan ini tidak benar sama sekali,” kata pelakon popular Erra Fazira ketika ditanya mengenai soal perkahwinan yang didakwa bakal berlangsung bulan ini.

Erra, 44, berkata, dia sedia berkongsi berita gembira itu jika benar ia berlaku.

“Saya selalu cakap, jangan dengar cakap orang. Hari ini hari terakhir Mac, jadi semua dakwaan orang tak benar sama sekali.

“Saya masih menjalani kehidupan seperti biasa. Tidak ada perkembangan terbaru melainkan soal kerjaya saja.

“Macam selalu dikatakan, kalau ada khabar gembira mengenai perkara ini saya akan kongsikan kepada semua. Saya faham tugas rakan media yang ada bersama saya dari dulu sampai sekarang,” katanya kepada Harian Metro.

Erra juga menegaskan dia tidak akan merahsiakan berita perkahwinannya daripada pihak media dan peminat.

“Sebaiknya tunggu berita sahih ini daripada saya sendiri. Jangan percaya cakap-cakap orang atau dengar gosip yang disebarkan.

“Saya takkan kahwin senyap-senyap. Doakan saja yang terbaik buat saya,” katanya.

Januari lalu, timbul dakwaan mengatakan Erra bakal berkahwin penyanyi Shahir pada Mac ini.

Bagaimanapun, Erra yang ditemui pada majlis pengumuman penyertaannya bersama syarikat pengurusan Mind Order Sdn Bhd ketika itu turut menafikan berita yang tersebar.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Mac 2018 @ 9:30 PM