Farah Diana akan tampil dengan single baru. FOTO KHAIRUL AZHAR AHMAD
Farah Diana akan tampil dengan single baru. FOTO KHAIRUL AZHAR AHMAD
Nursyahirah Marzuki


BEKAS bintang Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Farah Diana Anuar bakal mengeluarkan single baru selepas sekian lama menyepi dalam dunia nyanyian.

Farah Diana, 33, berkata, single yang akan dikeluarkan tidak lama lagi itu menjawab setiap persoalan peminat yang sudah lama menantikan penampilannya di atas pentas nyanyian.

“Alhamdulillah, saya sudah ada satu lagu yang dihasilkan oleh salah seorang 'junior' AF dan ketika ini saya sedang berlatih dengan demo lagu dihasilkanya.

“Siapa dia, saya tidak boleh lagi cerita buat masa ini kerana kebiasaanya kalau saya bercerita perkara itu tidak menjadi dan kali ini saya mengambil langkah selamat," katanya.

Pengacara dan penyanyi yang lebih dikenali sebagai Farah Breep Breep itu berkata, lagu baru berkenaan mengetengahkan genre muzik pop dan balada seiring dengan peredaran muzik ketika ini.

“Jujurnya, buat masa sekarang saya tidak boleh berikan kata putus bila lagu ini akan dirakam atau dilancarkan kerana komposer berkenaan agak sibuk.

“Oleh itu kita akan tunggu waktu yang sesuai dan jika tiada halangan kita akan keluarkan single ini selepas Hari Raya bergantung kepada keadaan," katanya.

Menurutnya, ketika ini dia memberi tumpuan kepada program pengacaraan dan dia juga masih menerima undangan apabila berkelapangan.

“Saya cuba hasilkan satu single baru untuk 'test market' dan sekiranya diterima baik oleh semua, saya akan teruskan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 April 2018 @ 12:25 PM