Mas Khan bersama kekasihnya. FOTO Salhani Ibrahim/IG
Sudirman Mohd Tahir


PELAKON, Mas Khan terkejut dikatakan menjadi anak ikan kepada Datuk A Aida selepas dilantik menjadi Penerbit Eksekutif (EP) syarikat produksi milik penerbit drama itu dalam beberapa projek drama dan telefilem.

Mas Khan atau Mas Hidzhir Khan Mas Fadzillah Khan, 24, berkata perkara itu merepek dan tidak masuk akal kerana A Aida adalah rakan baik kedua ibu bapanya selain dirinya sudah mempunyai kekasih hati.

“€œAnak ikan? Ini semua merepek. A Aida kawan baik kedua ibu bapa saya. Dalam masa sama kami ada menjalin kerjasama dalam perniagaan. Disebabkan itu kami rapat.

“€œJangan sebab saya jadi EP dalam syarikat miliknya, saya dituduh bukan-bukan. Lagi pula, saya sudah ada kekasih,”€ katanya kepada Harian Metro.

Mas Khan yang terbabit dalam filem Ratu Kalajengking: Puteri Keranda berkata, dia juga tidak pernah keluar berdua dengan penerbit wanita itu hingga timbul dakwaan sedemikian.

Dalam masa sama, Mas Khan, juga pelakon filem Abang Long Fadil 2 menyelar tuduhan segelintir rakan artis menganggap dirinya kaki ampu kerana rapat dengan A Aida.

“€œSaya geram apabila ada rakan artis kata saya kaki ampu A Aida hingga dapat projek dan berlakon dalam karya terbitan syarikatnya.

“€œKalau betul, saya pasti berlakon dan terbabit dalam semua drama terbitannya. Kalau nak tahu, dia jenis yang suka beri peluang kepada orang baru untuk terbabit di belakang tabir.

“€œApabila ditawarkan sebagai EP, saya terima kerana ingin cuba sesuatu yang baru. Bagi saya ini peluang.

Jadi, sebelum buat cerita bukan-bukan baik bertanya dahulu,” katanya melakonkan watak Awang dalam filem Ratu Kalajengking: Puteri Keranda.

Sementara itu, A Aida turut terkejut apabila diajukan soalan sama.

“€œMana ada. Bapanya kawan baik saya. Dia hanya bekerja dengan saya, tidak lebih daripada itu,”€ katanya ringkas.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 April 2018 @ 8:19 PM