Farah Nabilah tidak mahu terlalu banyak babak bersentuhan. FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN


PELAKON Titian Cinta, Farah Nabilah mengakui tidak berminat untuk melakonkan adegan keterlaluan dalam setiap drama dibintanginya.

Farah berkata,dia akan mengadakan perbincangan dengan teman gandingan mengenai pantang larang masing-masing sebelum memasuki set penggambaran.

"Saya memang dari dulu menjaga batas diri apabila bekerja dengan pelakon gandingan. Malah ketika berlakon dengan Zul Ariffin sebelum ini, saya memberitahu enggan melakukan babak berpelukan.

"Bagi saya, cukup sekadar bermain 'eye contact' dan menggunakan teknik kamera untuk menggambarkan sesuatu keadaan.

"Saya tidak mahu terlalu banyak babak bersentuhan kerana bimbang penonton 'menyampah'," katanya.

Menurut Farah, keputusan itu diambil bukan ada pihak yang cemburu tetapi mahu menjaga hati keluarganya.

"Saya masih solo sejak mula menceburi bidang seni. Saya belum terfikir untuk mencintai sesiapa kerana bimbang tidak mempunyai masa untuk dirinya.

"Sebenarnya pilihan tidak melakonkan aksi keterlaluan ini kerana saya perlu menjaga hati orang tua saya. Mereka sudah berpesan kalau saya nak jadi pelakon, saya perlu menjaga batas pergaulan dan jangan malukan keluarga," katanya.

Dalam perkembangan terkini, Farah baru saja selesai menjalani penggambaran drama 27 episod berjudul Halalkan Hati Yang Ku Curi.

Drama yang dijadualkan bersiaran menerusi slot Akasia pada Ramadan itu turut menampilkan Alif Aziz selaku teraju utama.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Mei 2018 @ 3:54 PM