Datuk Fazley Yaakob tulis kerana mahu menjawab persoalan yang sudah lama diajukan. FOTO SHIRAZ ALI
Syafil Syazwan Jefri


PENYANYI dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, 40, menjelaskan mengenai muat naik yang dikongsikannya dan isterinya, Datin Azrene Ahmad di Instagram mereka semalam tidak bertujuan untuk mengaibkan sesiapa.

"Apa yang saya dan isteri saya kongsikan di Instagram kami semalam, bukanlah untuk membuka aib sesiapa.

"Sebaliknya ia adalah untuk menjawab persoalan yang bertubi-tubi diajukan kepada kami sepanjang 13 tahun saya berumah tangga dengan isteri," katanya.

Fazley, menerusi video yang dimuat naik ke Instagramnya juga berterima kasih kepada mereka yang membaca kenyataanya dan isteri.

"Terima kasih kepada semua yang membaca 'post' saya dan isteri di media sosial.

"Saya ambil peluang ini untuk mendoakan kesejahteraan kita semua dan negara kita, Malaysia yang baru. Kita semua sudah bersuara," katanya.

Semalam, Fazley dan isterinya, berkongsi beberapa muat naik luahan rasa mengenai anggota keluarga isterinya yang menyalahgunakan kuasa ketika memegang tampuk pemerintahan negara.

Luahan itu menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat di media sosial dan rata-rata, terkejut dengan perkongsian itu.

Muat naik di Instagram isterinya itu bagaimanapun dipadam oleh pihak Instagram.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Mei 2018 @ 6:30 PM