Sarimah minta usahawan waspada dengan pengilang produk. FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ
Ramlah Zainal


PELAKON dan pengacara terkenal Sarimah Ibrahim, 40, mendakwa pernah ditipu pengilang produk tempatan sehingga mengalami kerugian mencecah RM40 ribu sebelum ini.

Sarimah yang juga isteri kepada Tunku Nadzimuddin Tuanku Mudzaffar, 46, berkata kejadian berlaku ketika dia mencari pengilang untuk menghasilkan produk jenama alat soleknya lebih setahun lalu.

“€œSaya sekadar percaya pada orang dan berurusan dengan satu pengilang tempatan.

“€œNamun, selepas menghantar sampel produk pengilang itu ke Singapura, saya mendapati bahan digunakannya merbahaya kepada kulit.

“€œSaya balik rumah dan menangis sepanjang malam kerana kecewa dengan apa yang berlaku.

“€œSaya bukan sekadar ditipu pengilang dan kerugian wang ringgit malah hampir putus asa untuk menghasilkan produk alat solek ketika itu,” €katanya.

Namun, kata Sarimah, rezeki ternyata menyebelahinya apabila ada rakan yang memperkenalkannya kepada pengilang produk yang betul dan mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“€œAlhamdulillah, selepas sekian lama mencari akhirnya saya dapat berurusan dengan pengilang yang bagus untuk menghasilkan jenama alat solek itu.

“Saya tampil membuat pendedahan ini supaya orang ramai terutama usahawan lebih berhati-hati ketika berurusan dengan pengilang produk.

“Ia juga bersandarkan pengalaman saya sendiri di mana ramai pengilang yang menawarkan produk dengan harga murah tetapi merbahaya kepada kesihatan kulit.

“Saya juga tidak mahu membuat laporan kepada pihak berkuasa kerana tidak mahu memberi publisiti kepada pengilang terbabit,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Mei 2018 @ 3:28 PM