Syafiq bermain bolasepak dan lakukan senaman. FOTO MUHAMMAD SULAIMAN
Syafiq bermain bolasepak dan lakukan senaman. FOTO MUHAMMAD SULAIMAN
Georgie Joseph


PELAKON, Syafiq Kyle mengakui bermain bola sepak selain mengawal pemakanan punca berat badannya menurun dan bukannya mengambil barang terlarang termasuklah dadah seperti didakwa sesetengah pihak.

Syafiq, 26, tidak menafikan kerap mendapat komen skeptikal mendakwa dirinya bertambah kurus disebabkan barang terlarang namun tidak mahu mengambil pusing mengenai dakwaan liar sebegitu.

“€œSebenarnya saya sudah berhadapan tanggapan sebegitu sejak dulu lagi sebelum saya kurus pun. Selepas turun 15 kilogram daripada berat terdahulu, lagilah orang bercakap macam-macam.

“€œBagaimanapun, penurunan itu adalah disebabkan saya bermain bola sepak setiap minggu. Saya mesti cari masa juga untuk bersenam dalam seminggu walau sibuk macamana pun.

“€œMengenai dakwaan saya mengambil barang terlarang itu, suka hatilah orang nak kata apa pun. Siapa yang tengok saya depan-depan tahulah sama ada saya ambil atau tidak,”€ katanya.

Pelakon utama drama Nur itu juga mengakui dia ada strategi sendiri bagaimana untuk kurus tanpa mengamalkan sebarang pelan diet berbahaya.

“€œSebenarnya kalau sudah tahu formula bagaimana turunkan berat-badan, prosesnya jadi lebih mudah. Itulah yang saya amalkan di mana kebanyakannya berbalik kepada pemakanan terkawal.

“€œSaya amalkan makan nasi sekali saja dalam seminggu tapi masih ambil daging, ikan dan makanan yang direbus serta tidak berminyak. Selain itu, saya tidak mengambil garam dan gula bagi mendapatkan bentuk wajah yang lebih menarik,”€ katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Mei 2018 @ 4:15 PM