TAMPIL dengan single Antidot Lara dalam kesibukan sebagai pelajar.
TAMPIL dengan single Antidot Lara dalam kesibukan sebagai pelajar.
Ardini Sophia Sina


Status sebagai pelajar di sebuah pusat pengajian tinggi tidak menghalang pendatang baru, Ray Asri untuk menjadi penyanyi.

Mula berjinak-jinak dalam bidang muzik sejak berusia sembilan tahun, Ray kerap menyertai pertandingan bagi mencari peluang merealisasikan impiannya bergelar penyanyi.

Tampil dengan single pertama berjudul Antidot Lara, ia menceritakan mengenai orang tersayang sebagai penawar pada kesedihan. Selain itu, ia juga menjadi ‘ubat’ yang boleh menghadirkan kegembiraan.

“Seperti yang kita tahu, antidot bermaksud ubat atau penawar. Jadi, secara kasarnya Antidot Lara bermaksud ubat atau penawar kepada kesedihan.

“Ia tidak hanya mengenai kekasih hati semata-mata, tetapi lebih meluas. Antidot boleh jadi kawan, keluarga atau ibu bapa. Lirik lagu itu dekat dengan semua pendengar termasuk saya sendiri,” katanya.

Walaupun sibuk dengan kelas dan aktiviti di pusat pengajian, Ray yakin ia tidak mengganggu kerjaya nyanyiannya.

Setakat ini, semuanya terkawal tambahan pula ada syarikat pengurusan yang menjaga jadual kerjaya.

Pada awalnya, Ray bimbang bakatnya tidak diterima, namun dia mengetepikan perasaan itu, dia meneruskan cita-cita untuk berada dalam industri muzik sebagai pe­nyanyi.

“Setakat ini, pelajaran dan nyanyian tidak ada masalah. Semuanya berjalan lancar kerana ada syarikat pengurusan yang mengatur jadual saya. Saya tidak perlu bimbang me­ngenai perkara itu.

Mengetengahkan genre R&B, Ray yakin Antidot Lara bakal mendapat tempat di hati pendengar.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Mei 2018 @ 1:24 PM