Aiman Tino selesa berkawan daripada bercinta. FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ
Norhayati Nordin


PENYANYI Aiman Tino, 20, mengakui memang ada berkawan dengan seorang gadis tetapi tidak sampai ke tahap bercinta.

Aiman berkata berkawan itu adalah namun untuk bercinta rasanya belum lagi.

“Saya belum terfikir ke tahap itu kerana fokus utama sekarang sepenuhnya pada karier nyanyian.

“Namun, saya tidak nafikan ada juga berkawan tetapi hubungan itu sekadar sahabat sajalah.

“Kalau ‘kekasih’, layanan mungkin berbeza. Tetapi, hubungan saya dengan gadis itu hanya berkawan,” katanya.

Enggan berbicara lanjut mengenai cerita itu, Aiman berkata dia menerima gosip yang timbul secara terbuka.

“Apa saja gosip cinta mengenai saya itu, ia adalah sebahagian lumrah hidup sebagai insan seni.

“Saya terima dan inilah penjelasan saya. Kini, saya hanya selesa berkawan saja dan tidak bercinta,” katanya.

Aiman ditemani ibu bapa dan adik-beradiknya sewaktu menghadiri majlis berbuka puasa diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Dia akan muncul dengan single terbaru selepas Aidilfitri nanti.

Aiman berkata dia juga selesa memberi fokus pada nyanyian.

Berehat seketika daripada berlakon, Aiman sebelum ini muncul membintangi drama Mak Cun musim keempat di TV3.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Jun 2018 @ 4:35 PM