Fattah sambut Ramadan pertama bersama Nur Fazura. FOTO fail HM
Syafil Syazwan Jefri


PELAKON dan penyanyi, Fattah Amin, 28, bersyukur dikurniakan isteri yang pandai memasak pelbagai juadah.

Menurut Fattah, dia sendiri tidak pernah menyangka bahawa isterinya yang juga pelakon, Nur Fazura memiliki kemahiran memasak.

“€œInh pengalaman tahun pertama saya menyambut Ramadan bersama isteri dan selepas berkahwin dengan Fazura, barulah saya tahu bahawa dia pandai memasak,”€ katanya kepada Harian Metro.

Menurut bintang filem KL Special Force itu, sambal udang petai adalah masakan isteri yang menjadi kegemarannya.

“Hidangan air tangan menjadi kegemaran saya adalah sambal udang petai. Tapi sebenarnya, banyak lagi hidangan lain dia boleh masak,”€ katanya.

Tambahnya, isteri mewarisi skil memasak daripada ibu mentuanya.

“Sejak kecil, dia belajar memasak daripada ibunya cuma tidak tunjukkan kepada semua orang di sosial media. Sebab itulah tak ramai orang tahu,”€ katanya lagi.

Menjalani Ramadan tahun ini nyata berbeza kerana dia kini mempunyai isteri menemani untuk bangun sahur.

“€œMenyambut Ramadan sebagai suami adalah kenangan paling manis dan tak akan saya lupakan. Ada isteri yang boleh minta masakkan dan dia akan hidangkan.

“Saya yakin semua bergelar suami di seluruh dunia akan sependapat dengan saya,”€ katanya.

Fattah kini hadir dengan lagu Aidilfitri diberi judul Syawal Kali Ini ciptaan Aizat Amdan dan Mel Ramlan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Jun 2018 @ 6:35 PM