FOTO IG Achey
FOTO IG Achey
Rudy Imran Shamsudin


PELAKON dan anggota kumpulan Bocey, Mohd Nasir Hamzah, 32, atau Achey menolak semua tawaran untuk bekerja di bulan Ramadan semata-mata kerana mahu memberikan tumpuan kepada cahaya mata sulungnya, Nur Tiara Zinnirah Nasir.

Achey ketika dihubungi hari ini berkata, dia berbuat demikian bukan kerana mahu menolak rezeki, sebaliknya harus menguruskan Tiara yang hadir dalam hidupnya dan isteri pada awal Ramadan ini.

“€œBayangkan sudah lama kami menunggu dan tiba-tiba Tiara hadir dalam hidup kami. Isteri sangat gembira. Walaupun puteri sulung kami bukan dilahirkan dari rahimnya, tetapi kasih sayang terhadap Tiara tiada berkurang malah berlebih,” katanya.

Bercerita mengenai pengalamannya sebaik saja memperoleh Tiara, Achey berkata, dia dan isteri tidak berhadapan banyak masalah kerana sebelum ini pernah menjaga dua anak saudara yang masih bayi.

“€œKami berpeluang menjaga dua anak saudara yang masih bayi kerana ketika itu ibu bapa mereka bertugas sebagai polis dan sebaik habis pantang harus kembali bekerja.

“€œMenjaga anak saudara yang masih bayi juga membuatkan kami punya pengalaman bagaimana hendak berdepan dengan bayi yang bermasalah perut kembung dan tidak tidur malam,”€ katanya.

Begitupun kata Achey, Tiara seorang anak yang baik dan menjaganya tidak sukar. Malah, anaknya itu jarang merengek.

“€œBerbanding menjaga anak saudara saya, menjaga Tiara tidak sesukar mana. Apa yang penting saya cuba sebaik mungkin membesarkan Tiara dengan penuh kasih sayang.

“€œBagaimanapun sudah namanya pun bayi... sudah tentu ada ketikanya Tiara tidak tidur malam dan saya bersama isteri bergilir-gilir untuk tengokkan bayi kami,”€ katanya.

Tambahnya, buat masa ini Tiara minum susu formula tetapi isterinya sedang berusaha supaya dapat menyusu badan.

Semalam, Achey mengejutkan peminatnya apabila meluahkan syukur kerana dapat menyambut Aidilfitri tahun ini dengan cahaya mata sulungnya.

Achey berkata, selepas lapan tahun bernikah dan tidak dikurniakan cahaya mata, kehadiran Tiara membuatkan dia dan isteri sangat gembira dan bersyukur. Perasaan itu diluahkan pelawak terbabit dalam satu kenyataan yang dimuat naik di media sosialnya, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Jun 2018 @ 4:10 PM