PULANG
Amirul Haswendy Ashari


Karya genre biopik dan sejarah berkaitan patriotik dan semangat kemerdekaan bukan perkara baru dalam industri perfileman tempatan.

Antara judul popular yang sering diangkat setiap tahun adalah Sarjan Hassan, Bukit Kepong, Leftenan Adnan, Paloh, 1957: Hati Malaya dan Tanda Putera.

Itu belum dikira lagi dengan filem terbaru berkaitan perjuangan mengekalkan kemerdekaan seperti Kanang Anak Langkau, Bravo 5 dan Paskal yang akan ditayangkan September ini.

Sempena sambutan Hari Kebangsaan yang disambut Malaysia tercinta pada hari ini, Harian Metro menyenaraikan lima filem dan drama bertemakan patriotik.

PULANG

• ARAHAN: Khabir Bhatia

• LAKONAN: Remy Ishak, Puteri Aishah, Alvin Wong, Datuk Jalaluddin Hassan dan Erwin Dawson.

• TAYANGAN: 26 Julai 2018.

Filem ini mungkin secara zahir berkisar kisah benar cinta antara Othman dan Che Thom yang terpisah 60 tahun tetapi elemen perjuangan kemerdekaan, babak aksi penjajahan

Jepun di Tanah Melayu dan usaha untuk mengubah kehidupan agar lebih selesa cukup kuat menjadikan ia antara naskhah patriotik terbaru.

OLA BOLA

• ARAHAN: Chiu Keng Guan

• LAKONAN: JC Chee, Luqman Hafidz, Saran Kumar Manokaran, Marianne Tan, Katrina Ho, Bront Palarae, Taufiq Hanafi dan Frankie Lee.

• TAYANGAN: 28 Januari 2016.

Ola Bola mungkin bukan filem mengenai peperangan atau perjuangan menuntut kemerdekaan tetapi elemen patriotik serta kesatuan yang luhur demi menjaga maruah negara melalui perlawanan bola adalah sesuatu yang menyentuh hati.

Karya ini dianggap filem Malaysia paling berjaya kerana menyatukan semua bangsa untuk menontonnya dan pada masa sama meraikan kepelbagaian kaum di negara tercinta.

OLA Bola

SERUAN MERDEKA

• ARAHAN: B S Rajhans

• LAKONAN: Salleh Ghani, Siti Tanjung Perak, Rokiah Hanafi, Syed Ali Al-Attas, Bachtiar Effendi, Mohammad Pilus, P S Goh, Heng Geok Chee dan Laila.

• TAYANGAN: 16 Ogos 1946.

Filem ini karya Melayu hitam putih terbitan Syarikat Malayan Arts Production di Singapura pada 1946.

Ia mengisahkan keganasan dan kekejaman tentera Jepun di Singapura semasa perang dunia kedua.

Sepasukan gerila yang dipimpin Leftenan Rashid bertindak menentang dan dia ditangkap kerana didapati menjadi perisik rahsia bagi pihak Tentera Bersekutu.

Malangnya, filem yang juga berjudul Voice of Freedom atau Call of Freedom dipercayai tiada lagi dalam simpanan Arkib Negara.

LEGASI VAT 69

LEGASI VAT 69

• ARAHAN: Zaili Sulan

• LAKONAN: Syafie Naswip, Along Eyzendy, Adam Shahz, Hafidz • Razif dan Hariri Abd Jalil.

• TAYANGAN: 27 Julai 2018.

Dokudrama untuk tayangan TV1 ini adalah kisah benar semangat kepahlawanan lima anak muda kampung iaitu Hamzah Hashim, Apot a/k Saad, Zabri Abd Hamid, Hasyim Jaabar dan Ahmad WT.

Mereka menyahut cabaran untuk menyertai unit baharu dalam pertahanan negara pada 1969 yang dikenali dengan nama VAT 69.

SERUAN Merdeka

LALANG

• ARAHAN: Hisyamudin Ahmad

• LAKONAN: Syazwan Zulkifli, Qi Razali, Sasqia Dahuri, Lenny Ooi, Wong Kam Tat, Ain Evon Tay, Hushairi Husain, Hasnul Rahmat, Zaini Abu Hassan.

• TAYANGAN: 8 September 2018.

Mengangkat latar ‘period drama’ berlaku sekitar 1942, era penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Telefilem yang akan ditayangkan di TV1 ini membawa penonton melihat pengorbanan dan jiwa patriotik dalam perjuangan bangsa untuk menuntut kemerdekaan negara.

Biarpun penceritaan penjajahan Jepun sering diangkat ke filem atau drama, Lalang mengangkat jati diri yang perlu ada dalam rakyat Malaysia sampai bila-bila.

LALANG

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Ogos 2018 @ 8:01 AM