Rita bidas komen netizen di Instagram. IG
Rita Rudaini. FOTO HM Digital/Osman Adnan


PELAKON Rita Rudaini membidas komen negatif salah seorang pengikut di Instagram yang mendakwa dia cuba menyindir seseorang.

Rita berkata, dia tidak pernah menganggu hidup sesiapa dan jangan bersangka buruk terhadap dirinya.

"Sindir siapa pula. Kesian kat saya ini adik. Jangan la buruk sangka kepada saya.

"Saya tidak menganggu hidup orang pun. Saya banyak lagi kerja nak kena fokus bagi membesarkan anak-anak.

"Alahai susah betul jadi Rita Rudaini. Saya pun manusia biasa," katanya.

Terdahulu Rita berkongsi isi hatinya di Instagram apabila menginginkan kehidupan bahagia, sihat dan lengkap bersama keluarga.

"Saya cuma nak hidup kami satu famili bahagia, sihat, dan saling melengkapi," .

"Bagi saya, apabila anak-anak sihat dan riang, itulah kebahagiaan sebenar saya.

"Biar sederhana asalkan sihat walafiat dan gembira. Kemewahan tidak boleh beli kebahagiaan dan kasih sayang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Ogos 2018 @ 4:19 PM