SUGA
SUGA
Georgie Joseph

Annyeonghaseyo!!! Meninggalkan komen berbaur kebencian kepada selebriti K-Pop seakan-akan menjadi trend baru.

Anggota BTS, Suga juga tidak terkecuali menerima komen sebegitu sehinggakan peminat rasa risau andai artis kesayangan mereka itu terluka membacanya.

Bagaimanapun, Suga menerusi video secara langsung meminta peminat supaya bersikap tenang.

Suga menegaskan dia sudah kebal dengan komen sebegitu.

“Ramai minta saya agar tidak membaca komen jahat dan sentiasa berfikiran positif.

“Sebenarnya, saya tiada masa melayari Internet. Disebabkan itu saya selalu ketinggalan dengan apa sahaja trend terbaru.

“Apa lagi mahu baca setiap komen peminat. Memang tidak cukup masa dan selalu saya guna monitor khas untuk berkomunikasi dengan peminat secara langsung,” katanya.

Pada masa sama, Suga mencabar individu yang suka memuatkan naik komen berbaur kebencian untuk terus berbuat demikian.

“Buatlah lagi sebab saya tidak ada masa baca komen kalian. Saya alu-alukan kalian terus berikan komen. Buatlah sampai penat sebab tiada siapa yang akan peduli,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 September 2018 @ 11:59 AM