LISA Surihani. FOTO arkib NSTP
LISA Surihani. FOTO arkib NSTP
Ramlah Zainal


PELAKON popular Lisa Surihani, 32, mengakui sudah bersedia untuk menambah cahaya mata pada tahun depan.

Menurut isteri kepada pelakon dan pengarah terkenal Yusry Abd Halim itu, dia dan suami merancang untuk memiliki empat cahaya mata sekali gus melengkapkan kebahagiaan rumah tangga yang dibina itu.

“Kami mahu segera menambah anak kerana usia suami sudahpun mencecah 45 tahun.

“Takkanlah, bila usia suami mencecah 60 tahun dan sudah pencen, anak-anak kami masih kecil dan belajar lagi?

“Kami juga sangat mementingkan soal pendidikan anak-anak kerana ia membabitkan kos yang mahal sekarang,” katanya kepada Harian Metro.

Kata Lisa lagi, dua anaknya sudah besar sikit dan sampai masanya mereka menambah anak sekarang.

“Jika nak diikutkan, kami sudah bersedia pada bila-bila masa pun tetapi semuanya bergantung pada rezeki dari Allah SWT.

“Kalau boleh kami mahukan sepasang anak iaitu lelaki dan perempuan selepas ini,” katanya.

Lisa dan Yusry berkahwin pada tanggal 23 Februari 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, 4, serta Yusof Leonne, 1.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 September 2018 @ 8:00 PM