Syafil Syazwan Jefri


"SEMALAM, waktu dia tersedar, dia dah boleh senyum."

Itulah jawapan yang diberikan anak tiri kepada penyanyi, Saleem, Khairul Nizam, 35, kepada Harian Metro, hari ini.

Menurut Khairul Nizam, bapanya kini 'ditidurkan' oleh pihak hospital dan keluarga juga mengehadkan sesi lawatan.

"Bapa saya 'ditidurkan' untuk beri dia masa berehat. Kami sekeluarga juga mengehadkan waktu lawatan.

"Kalau pelawat datang pun, mereka hanya boleh lihat dari luar bilik kerana doktor tidak benarkan pelawat untuk mendekati bapa saya," katanya.

Khairul Nizam menerusi akaun Instagramnya juga mengucapkan terima kasih kepada Konsortium Industri Muzik Malaysia (Irama) yang membuat laporan polis kepada blogger dan satu akaun Facebook yang menulis berita palsu mengenai kematian bapanya.

“Saya menyelar tindakan pihak yang tidak beretika membuka ruang kepada orang lain untuk bercakap mengenai perkara yang tidak benar tentang Saleem.

“Dengan keadaan dirinya ketika ini, apa yang dilakukan itu dianggap tidak adil kerana dia sendiri tidak boleh mempertahankan diri,” tulisnya.

Jumaat lalu, Harian Metro melaporkan penyanyi itu terbabit dalam kemalangan jalan raya yang menyebabkan patah 12 tulang rusuk, dan salah satu tulang tertusuk ke paru-paru.

Berita berkaitan

Keadaan Saleem kini stabil

Syafiq bengang

Doakan Saleem lekas sembuh

[UPDATE] 12 tulang rusuk Saleem patah

'Saleem masih dirawat, bukannya meninggal' - Liza

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 September 2018 @ 6:01 PM