MIA dan Izham berkahwin Januari tahun lalu. FOTO - Arkib NSTP.
Michelle Gun


PELAKON Mia Ahmad, 30, selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 11.15 pagi hari ini di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru.

Berita gembira itu dikongsi suaminya, Mohd Izham Tarmizi Roslan, 27, yang juga penjaga gol pasukan JDT di Instagram, hari ini.

“Syukur alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan anak sulung kami tadi. Alhamdulillah dan terima kasih kepda yang mendoakannya,” tulisnya.

Difahamkan bayi pasangan berkenaan seberat 3.2 kilogram dan lahir secara normal.

Setakat ini, perkongsian dalam bentuk video menerusi akaun Instagram Izham itu sudah ditonton lebih 73,000 kali.

Selain pengikut, beberapa artis turut menyampaikan ucapan tahniah kepada Izham dan Mia antaranya Jep Sepahtu, Hairul Azreen, Ben Ladin serta penyampai radio Radin.

Mia dan Izham mendirikan rumah tangga pada 13 Januari tahun lalu selepas setahun berkenalan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 September 2018 @ 4:48 PM