AWAL malas nak layan. FOTO - Arkib NSTP.
SHARIFAH Sakinah bengang dikata guna kasut tiruan. FOTO - Arkib NSTP
Sudirman Mohd Tahir


PELAKON Sharifah Sakinah mempersoalkan tindakan dan kredibiliti akaun Instagram Streetwearbusted Malaysia yang mendakwa kasut sukan jenama Adidas yang dipakainya adalah tiruan.

Sakinah, 29, atau atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired berkata, kasut itu tidak dibeli daripada pihak penjual semula sebaliknya diberikan oleh pihak Adidas sendiri kepadanya.

"Saya tertanya-tanya bagaimana seorang 'pakar' menilai kesahihan produk berdasarkan gambar? Saya tidak cuba untuk menjadi angkuh atau apa saja, tetapi saya juga ingin tahu apakah kriteria yang boleh dianggap sebagai kasut palsu?

"Lebih membingungkan adalah saya tidak membelinya daripada mana-mana penjual semula atau adakah pihak ibu pejabat Adidas memberikan saya kasut palsu? Jadi apakah tujuannya?

"Jika anda mahu mendapatkan perhatian, ya saya sudah beri anda publisiti percuma untuk akaun anda tetapi jangan bimbang kerana anda tidak perlu bayar saya RM50," katanya.


KASUT yang dipakai Sakinah yang didakwa tiruan. FOTO - IG / Sakinah.

Selain Sakinah, pengacara popular Awal Ashaari yang turut menjadi 'mangsa' Streetwearbusted Malaysia turut meluahkan perkara sama di Instagram semalam.

Awal menerusi status dimuat naik menunjukkan resit pembelian kasut yang didakwa tiruan oleh pihak terbabit selain penjelasan di Instagram Story.


AWAL menunjukkan resit kasut jenama Adidas yang dibelinya di butik jenama sukan terkenal itu. FOTO - IG / Awal Ashaari.

"Dengan jelas akaun anda tidak berintegriti. Tutup saja akaun anda. Seperti biasa, saya tutup ruangan komen supaya tidak mahu berikan dia publisiti.

"Saya malas nak gaduh. Kalau tidak tutup akaun apa kata belajar hormat orang. Kasihan!," katanya yang juga duta Adidas.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 September 2018 @ 2:32 PM