AISHAH dan suami, Hisham (kiri) serta peguamnya, Mohammad Izwan Azmi menunjukan rantai berlian yang di menanginya melalui pertandingan nyanyian pada sidang akhbar Kes Tuntutan Sivil terhadap pengusaha produk kecantikan terkenal. FOTO Halimaton Saadiah Sulaiman / NSTP
AISHAH pada sidang akhbar Kes Tuntutan Sivil terhadap pengusaha produk kecantikan popular di Restoran Dapur Emas, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. FOTO Halimaton Saadiah Sulaiman /NSTP
Norhayati Nordin

yati @hmetro.com.my

PENYANYI popular Aishah, 53, menyarankan golongan artis di negara ini supaya berani bersuara untuk mengelak daripada terus menjadi mangsa penindasan pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

Aishah, 53, berkata, sampai bila artis tempatan harus takut dan tidak berani bersuara terutama bagi menuntut keadilan ke atas hak sendiri.

Terdahulu, Aishah menerusi peguamnya daripada Tetuan Khairul Mukhtar & Izwan Azmi membuat tuntutan pembelaan terhadap seorang pengusaha produk kecantikan terkenal.

Aishah yang hadir ditemani suami, Shamsul Bahari dan peguam, Mohammad Izwan Azmi berkata, pengusaha produk kecantikan itu diberi tempoh tujuh hari untuk menjawab serta mematuhi tuntutan yang dibuat itu.

Aishah mengemukakan dua tuntutan iaitu membabitkan seutas rantai berlian asli dengan nilai setara RM80,000 dan meminta pihak terbabit tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi media.

Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin berkata, tindakan berani yang diambilnya itu bertujuan sebagai pengajaran untuk menyedarkan pihak penaja termasuk badan penyiaran supaya tidak terus membuli artis untuk kepentingan mereka.

“Kalau saya terus berdiam diri dan enggan bersuara bagi menuntut keadilan ini, sampai bila golongan artis harus menjadi mangsa tipu dan buli kepentingan pihak tertentu.

"Sebenarnya, ada ramai artis yang melalui perkara sama seperti saya, tapi mereka ambil jalan mudah dengan berdiam diri,” katanya.


AISHAH kecewa apabila artis kerap menjadi mangsa penindasan segelintir pihak untuk kepentingan tertentu. FOTO Halimaton Saadiah Sulaiman/NSTP.

Aishah berharap pengusaha produk kecantikan terbabit akan bertanggungjawab terhadap hadiah yang pernah dijanjikan itu.

Surat tuntutan menerusi peguamnya dihantar Aishah kepada pengusaha produk kecantikan berkenaan hari ini.

Pada 25 Ogos lalu, Aishah mendedahkan dia masih belum menerima hadiah dijanjikan selepas menjuarai program realiti nyanyian selain mendakwa barangan kemas tajaan pengusaha produk kecantikan itu adalah palsu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Oktober 2018 @ 3:41 PM