AMELINA ketika menjalani rawatan berikutan kehilangan suara. FOTO NSTP
AMELINA ketika menjalani rawatan berikutan kehilangan suara. FOTO NSTP
Najiy Jefri


“JANGAN fikir yang bukan-bukan,” kata penyanyi Amelina apabila kehilangan suara meskipun tidak mengalami demam atau sakit tekak.

Amelina berkata, dia menolak tanggapan orang ramai yang mendakwa masalah kesihatan yang dihidapinya ada kaitan dengan perkara mistik.

“Alhamdulillah suara saya beransur pulih dan sesi raptai semalam berjalan dengan baik.

“Mungkin keadaan kesihatan saya terganggu kerana gugup dan tekanan yang dihadapi dalam pertandingan ini.

“Saya sentiasa positif dan anggap apa yang berlaku ini sebagai ujian dari Tuhan. Saya tidak mahu ikutkan hati sebab tak nak peminat kecewa dengan persembahan saya nanti,” katanya.

Menurut Amelina, dia memohon agar urusannya dipermudahkan supaya dapat beraksi dengan baik di pentas Gegar Vaganza 5 (GV5) untuk konsert ketiga, malam ini.

“Doakan yang baik-baik untuk saya malam ini.

“Insya-Allah semuanya akan berjalan dengan lancar. Saya akan cuba memberikan persembahan terbaik,” katanya.

Malam ini, Amelina bakal mempersembahkan lagu Segalanya Pasti dendangan Aida Adil pada konsert ketiga GV5 nanti.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Oktober 2018 @ 12:36 PM