PENGACARA Uyaina Arshad mengumumkan akan pulang ke tanahair dan tidak akan mengacarakan program Dangdut Akademi Asia (DAA) Keempat di Indonesia, semalam.

Menerusi pengumuman yang dibuat secara langsung itu, Uyaina tidak memberitahu punca kenapa namanya ‘digugurkan’ sebaliknya dia dilihat kelu dan tidak henti mengalirkan air mata.

Bagaimanapun situasi terbabit hanyalah sekadar ‘prank’ sempena ulang tahun kelahirannya ke-26 yang dibuat pihak produksi terbabit dengan kerjasama barisan juri dan pengacara bersama program itu.

Uyaina berkata, dia terkejut dan situasi itu tidak akan padam dalam ingatannya.

“Birthday prank yang tidak akan saya lupakan seumur hidup.

“Terima kasih kepada keluarga DAA4 yang cukup saya sayangi,”katanya.

Menurut Uyaina, kesemua pihak yang menjayakan ‘prank’ itu adalah pelakon filem terhebat.

“Saya reda ketika dibuli mereka. Walaupun geram saya tetap sayangkan keluarga DAA4 ini,” katanya.

Uyaina muncul artis Malaysia pertama mengemudi program realiti popular terbitan stesen televisyen (TV) Indonesia bersama tiga hos lain iaitu Irfan Hakim, Ramzi dan Gilang Dirga.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 November 2018 @ 2:43 PM
Uyaina menerima kejutan membuatkannya menangis. FOTO Youtube