IZZUE Islam. FOTO Arkib NSTP


PENYANYI Izzue Islam mengumumkan bakal mengundurkan diri daripada kumpulan Forteen sebaik sahaja Gegar Vaganza 5 melabuhkan tirai, malam ini.

Izzue,28, berkata, keputusan itu dibuat selepas tiada persefahaman antara ahli kumpulan lain dan akan bergerak secara solo.

“Ya. Saya memilih undur diri daripada kumpulan Forteen.

“Perkara ini sudah berlaku beberapa kali dan jalan terbaik adalah dengan keluar daripada kumpulan Forteen,” katanya.

Menurut Izzue, pengundurannya itu tiada kena mengena dengan kegaglan Forteen untuk melayakkan diri ke peringkat akhir Gegar Vaganza.

Sebaliknya, dia menyedari tidak lagi sesuai untuk kekal dengan kumpulan berkenaan.

“Cukuplah sampai di sini. Saya serius dengan keputusan ini.

“Lagipun saya memang tidak layak untuk menyertai Gegar Vaganza kerana kualiti persembahan saya kurang memuaskan,” katanya.

Forteen yang turut terdiri daripada One, Ameer dan Ariz ditubuhkan pada 2011.

Pernah bernaung bawah KRU Music, single Forteen yang menjadi hits antaranya Berdua Bersatu, Kita dan Dekat Tapi Jauh.

Selain bersama Forteen, Izzue juga pernah memasarkan beberapa single solo seperti Bimbang dan Sahabat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 November 2018 @ 10:34 PM