Nora sayu ketika menziarahi kubur arwah suaminya. FOTO HM Digital/IG Nora Ariffin
Nora sayu ketika menziarahi kubur arwah suaminya. FOTO HM Digital/IG Nora Ariffin


“HARI ini I nak pergi umrah, sesungguhnya Allah sahaja tahu betapa hati merindui abang setiap masa dan detik bersama abang,” luah penyanyi Nora Ariffin apabila bakal mengerjakan ibadah umrah tanpa kehadiran suami, Allahyarham Johan Nawawi.

Nora menerusi akaun Instagram berkongsi perasaan sayu dan sedihnya apabila dia membuat persiapan ke Tanah Suci Makkah seorang diri.

"Kenangan takkan pernah padam. Masih segar di ingatan empat tahun lepas kali terakhir kita sama-sama mengerjakan umrah.

“Hari ini... I bersiap seorang diri melangkah bermusafir ditemani jemaah lain," tulisnya.

Nora yang terkenal menerusi lagu Di Persimpangan Delima berharap perjalanannya kali ini dipermudahkan dan berterima kasih kepada pihak yang sudi memberikan tajaan.

Komposer Johan Nawawi meninggal dunia pada 24 Mac 2017 di sebuah Pusat Perubatan di Subang Jaya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Disember 2018 @ 3:32 PM