Intan Najuwa anggap video sekadar gurauan. FOTO HM Digital
Intan Najuwa anggap video sekadar gurauan. FOTO HM Digital


“SAYA bukan nak mengada-mengada,” kata pelakon Intan Najuwa selepas dikecam teruk berikutan perkongsiannya di Instagram (IG) Story mengenai insiden tidak tahu mengisi minyak kereta baru-baru ini.

Menerusi video terbabit Intan mendakwa hidupnya ‘huru-hara’ apabila pembantu peribadinya bercuti sehinggakan banyak rutin harian jadi kelam-kabut termasuk mengisi petrol untuk kenderaan.

Intan ketika dihubungi berkata, dia berharap isu terbabit tidak lagi diperbesarkan kerana video itu dibuat sekadar suka-suka.

“Video yang dimuat naik hanya sekadar gurauan untuk pengikut di Instagram sebab dengan cara itu saya mendekati peminat.

“Saya harap isu ini tidak lagi diperbesarkan sebab ia hanya untuk berseronok selain nak menghiburkan pengikut di IG,”katanya.

Menurut Intan, meskipun dikecam teruk dan diberikan gelaran pelik daripada netizen sehingga ke hari ini, Intan bagaimanapun tidak mengambil pusing sebaliknya tenang mengghadapi isu terbabit.

“Saya tidak terkesan langsung dengan kata-kata kecaman yang diberikan.

“Saya berharap orang Malaysia saling menghormati antara satu sama orang lain dan berkelakuan baik serta positif,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Disember 2018 @ 3:44 PM
Digital NSTP Subscribe