BEN Amir dan Uqasha Senrose. FOTO Mahzir Mat Isa
Ramlah Zainal


“KAMI hanya berkawan dan tak pernah bercinta pun. Sudah banyak kali saya jelaskan perkara ini,” demikian kata pelakon Ben Amir yang dikatakan menyulam cinta dengan pelakon Uqasha Senrose.

Kata Ben, dia selesa berkawan dengan Uqasha, namun belum sampai ke fasa seterusnya.

“Sebagai artis, saya tidak dapat halang pun netizen untuk buat gosip saya bercinta dengan Uqasha atau artis lain.

“Apapun, saya lebih suka jika peminat kenal saya dari bakat lakonan yang ditonjolkan dan bukan gosip sedemikian,” katanya.

Tambah Ben, dia kini mahu fokus pada kerjaya seni terlebih dahulu sebelum memikirkan soal cinta.

“I’m single but not available. Buat masa ini, saya mahu fokus pada kerjaya seni dulu.

“Soal teman wanita dan cinta, saya letak tepi dulu,” kata pelakon Ben Amir ketika mengulas sama ada dia sudah memiliki teman istimewa ketika ini.

Menurut pemilik nama sebenar Muhammad Amir Sabaruddin, 28, ini dia juga terbuka untuk berkawan dengan sesiapa saja termasuk dengan teman artis.

“Saya juga tidak kisah jika teman wanita dalam kalangan artis, orang biasa, berhijab atau sebaliknya.

“Apa yang penting, kami serasi dalam perhubungan itu,” katanya kepada Harian Metro.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Disember 2018 @ 8:51 PM