IZARA Aishah. FOTO arkib NSTP
Syafil Syazwan Jefri


SELEPAS lebih setahun mendirikan rumah tangga, pelakon, Izara Aishah tidak menolak setiap kali diajukan soalan mengenai cahaya mata.

Izara, 26, yang menyambut ulang tahun pertama perkahwinannya dengan suami, Adib Khalid pada 17 November lalu tidak pernah terburu-buru dalam soal menambah bilangan ahli keluarga.

“Saya dengan Adib tidak terburu-buru pun untuk mendapatkan cahaya mata. Kami pun tidak pernah merancang apa-apa,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah pelakon filem J Revolusi itu lagi, dia dan suami juga menerima dengan hati terbuka sekiranya mereka dikurniakan rezeki anak dalam masa terdekat.

“Kerana kami tidak pernah merancang, jadi saya dan suami menerima dengan hati terbuka sekiranya dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat,” katanya.

Izara yang juga salah seorang Skuad Selebriti Shopee itu mendirikan rumah tangga dengan suaminya pada 17 November 2017 dan menganggap perjalanan selama setahun ini adalah pengalaman yang indah buatnya.

Terbaru, Izara kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri 100 episod, Jodoh Jodoh Anisa di samping barisan pelakon lain antaranya Datuk Aaron Aziz dan Afiq Muiz.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Disember 2018 @ 12:42 PM