ALLAHYARHAM Mior Ahmat Zaudi. FOTO NSTP
ALLAHYARHAM Mior Ahmat Zaudi. FOTO NSTP
Ridzuan Abdul Rahman


PELAKON Mior Ahmat Zaudi, 66, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) 6 pagi hari ini akibat masalah jantung dan pendarahan dalam otak.

Anaknya, Mimi berkata, ayahnya dimasukkan ke PPUKM pada Jumaat lalu akibat demam panas.

"Doktor kemudian mengesan ayah mempunyai masalah jantung dan memberikan rawatan rapi.

"Jenazah ayah akan dimandi dan disolatkan di Masjid Nurul Ihsan, Taman Seri Cheras, Batu 9, Cheras Selangor pada tengahari ini.

"Jenazah kemudian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Cheras Perdana," katanya.

Sepanjang hayatnya Mior sudah membintangi pelbagai drama antaranya drama bersiri Spektra dan drama purba Kota Setia terbitan HVD Home Video (M) Sdn Bhd pada pertengahan 1990-an.

Allahyarham juga pernah membintangi filem Momok arahan M Jamil pada 2009.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 January 2019 @ 11:20 AM