MAHER Zain ketika majlis pelancaran konsert Maher Zain Malaysia Tou 2019, di Kuala Lumpur, hari ini. FOTO Nur Adibah Ahmad Izam
Amirul Haswendy Ashari.


PENYANYI antarabangsa asal Sweden, Maher Zain, 37, mengumumkan bakal mengadakan konsert jelajah ‘Maher Zain Malaysia Tour 2019’, Mac depan.

Maher berkata, penganjuran konsert bermula 9 Mac ini ibarat mimpi jadi kenyataan.

"Saya anggap konsert ini sebagai permulaan kepada lebih banyak konsert di negeri lain pula pada masa depan.

"Saya berharap konsert itu akan mengembalikan memori peminat kepada lagu-lagu saya sejak album pertama," katanya pada sidang media pelancaran konsert Maher Zain Malaysia Tour 2019.

Majlis itu turut disempurnakan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, di pusat beli belah terkemuka, di Kuala Lumpur, hari ini.

Konsert jelajah akan bermula di Axiata Arena, Bukit Jalil, kemudian menjelajah ke Pasir Gudang, Johor (15 Mac), Spice Pulau Pinang (16 Mac) dan Universiti Malaysia Sabah (17 Mac).

Maher yang kali terakhir membuat persembahan di Malaysia pada tiga tahun lalu sempena kelahiran album, One, dijangka menyampaikan lebih 20 lagu sepanjang dua jam konsert berlangsung.

"Saya juga merancang untuk mengundang beberapa artis tempatan bagi sama-sama menjayakannya,” katanya ringkas.

Maher Zain dikenali dengan lagu seperti Insha Allah, Thank You Allah, The Chosen One dan Palestine Will Be Free daripada album perdananya, terbitan 2009.

Dia menjangkakan lebih 50,000 peminat hadir menonton persembahan dan sehingga kini 35 peratus tiket sudah pun terjual.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 January 2019 @ 7:53 PM