SHIRO bawa pulang wang tunai RM500,000 dan trofi selaku juara Maharaja Lawak Mega 2018. FOTO Saifullizan TAmadi.
SHIRO bawa pulang wang tunai RM500,000 dan trofi selaku juara Maharaja Lawak Mega 2018. FOTO Saifullizan TAmadi.
Syafil Syazwan Jefri


KUMPULAN Shiro diumumkan sebagai juara program Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018) sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 berserta trofi.

Dengan tema bebas dan muzikal komedi, Shiro yang dianggotai oleh Ajak dan Shahrol menampilkan dua persembahan bertenaga serta menerima pujian daripada juri.

Naib juara pula dimenangi oleh kumpulan Bocey dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM250,000 berserta trofi.

Sementara itu, kumpulan Zero pula berjaya mendapat tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000 berserta trofi.

Kumpulan Puteh dan Taman pula masing-masing mampu berpuas hati di tempat keempat dan kelima.

Puteh membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi manakala Taman pula membawa pulang wang tunai RM15,000 berserta trofi.

Selain itu, kumpulan Shiro juga memenangi anugerah Punchline Machine dan menerima plak penghargaan.

MLM2018 menggunakan format pemarkahan sebanyak 70 peratus daripada juri manakala 30 peratus daripada jumlah undian penonton melalui aplikasi TikTok.

Selain persembahan finalis, penonton juga dihiburkan dengan persembahan hebat oleh Azharina Azhar.

MLM2018 dihoskan oleh Datuk AC Mizal serta dibarisi juri terdiri daripada Douglas Lim, Remy Ishak, Scha Alyahya dan Tya Arifin.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 January 2019 @ 12:28 AM