CHACHA (kanan) kecewa dengan tuduhan tidak berasas terhadap Emma (kiri). FOTO Arkib NSTP


PELAKON Chacha Maembong yang juga adik kepada Emma Maembong menafikan dakwaan kakaknya itu sudah berkahwin dengan lelaki bernama Syed Abdullah seperti yang tular di media sosial.

Chacha mengakui kecewa dengan tuduhan tidak berasas itu sekali gus membuatkan banyak pihak mempercayai cerita itu.

"Saya tidak mahu komen lebih lanjut sebab bukan membabitkan saya. Kalau saya komen lebih, bimbang ia boleh mengeruhkan keadaan.

"Jika melihat perkongsian individu itu, dia pun macam tak tahu kejadian itu betul atau tidak.

"Emma dan Syed memang tak pernah kahwin. Apa yang keluar itu tak betul. Sebagai adik saya pun sakit hati," katanya.

Menurut Chacha, kakaknya sudah berdepan dengan banyak gosip dan ada baiknya dia mendiamkan diri.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Februari 2019 @ 6:36 PM