SUFIE tegaskan hubungannya dengan tunang tiada masalah. FOTO Arkib NSTP dan Instagram Sufie Rashid
Syafil Syazwan Jefri


PENYANYI, Sufie Rashid, 28, menegaskan bahawa hubungannya dengan tunangnya, Nurulain Md Yusof tidak berdepan sebarang masalah.

Isu itu timbul apabila ramai netizen membuat andaian mengenai kegoyahan hubungan cintanya itu selepas dia memadam kesemua gambar di Instagram dan memuat naik gambar hati pecah.

“Ini semua sekadar andaian netizen saja. Saya dengan Ain tidak ada sebarang masalah dan semuanya seperti biasa,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya sama ada dia terganggu dengan komen sebegitu, Sufie berkata, dia mengambil keputusan untuk membiarkan saja komen netizen.

“Saya tidak mahu mengulas apa-apa, jadi saya biarkan saja apa saja komen dan andaian mereka,” katanya.

Ditanya sama ada itu adalah gimik baru yang dilakukannya, Sufie berkata, ia bukanlah gimik.

“Bagi saya, ini bukanlah gimik, sebaliknya saya memberi laluan untuk satu benda baru yang akan saya kongsikan dalam masa terdekat,” katanya.

Bukan hanya gambar, Sufie juga menulis kapsyen ‘Beratnya menanggung rasa hati aku…’ dan menerima lebih 2,300 ‘like’ serta puluhan komen daripada netizen.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Februari 2019 @ 6:08 PM