FADZIL bersama anak, Aisy Mateen yang kini berusia tiga tahun. FOTO NSTP.
FADZIL bersama anak, Aisy Mateen yang kini berusia tiga tahun. FOTO NSTP.
Amirul Haswendy Ashari.


PELAKON dan penulis skrip, Fadzil Zahari mahukan anak kembar tahun ini sempena ulang tahun keempatnya dengan pelakon, Yana Samsudin, hari ini.

Fadzil berkongsi perkara itu menerusi Instagram yang dimuat naik, hari ini.

Pasangan itu berkahwin pada 13 Februari 2015 dikurniakan seorang cahaya mata, Aisy Mateen yang kini berusia tiga tahun.

Mereka masih berusaha untuk mendapatkan anak kedua termasuk melalui rawatan kesuburan Intrauterine Insemination (IUI) sejak 2017.

Dalam luahan menyentuh hati itu, Fadzil turut berkongsi pengalaman dan detik awal perkenalan dengan Yana lebih empat tahun lalu.

"Sat (sekejap) saja rasanya, hari ini genap sudah empat tahun kita berkahwin. Allah sudah tunai hampir segala permintaan kita, Ya Allah! Ada lagi nak minta, anak kembar tahun ini yang sihat dan sempurna," tulisnya di Instagram.

Dia turut memohon peminat yang membaca luahan itu supaya dapat mengaminkan doa mereka.

Selain itu, Fadzil turut mendedahkan perkenalan awalnya dengan Yana bukanlah mudah.

"Teringat lagi lima dan enam tahun dulu, kami bukan semudah ini dan jalan dilalui penuh dugaan dan ujian.

"Walaupun keluarga semuanya sudah okey, tapi ada juga pihak yang tidak setuju kita berkawan dan menghasut kononnya saya tiada masa depan, akan ganggu masa depan awak," katanya.

FADZIL bersama Yana. FOTO Instagram
FADZIL bersama Yana. FOTO Instagram

Fadzil turut berterima kasih kepada Yana kerana 'buat bodoh' dengan tanggapan pihak berkaitan dan sudi berkawan dengannya ketika dia tiada apa-apa.

Katanya, bermula dari tiada apa-apa, mereka sama-sama membina jenama Prokurya Studios, Ayana Hijab, Yana Supercookies dan Food Channel.My.

"Niat saja nak kahwin ketika itu, rezeki datang melimpah ruah tak disangka-sangka dan bila dapat anak pula semakin melimpah rezeki.

"Yang mana ragu-ragu nak kahwin takut tak cukup duit nak bagi anak isteri makan, niat dulu nak kahwin kerana Allah, lepas itu tengoklah bagaimana Allah mudahkan urusan kalian," tulisnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Februari 2019 @ 4:15 PM