HAQIEM (kanan) mempunyai sebab tersendiri memberikan lagu Kenangan kepada Zack (kiri). FOTO Arkib NSTP dan Instagram Zack Zakwan
HAQIEM (kanan) mempunyai sebab tersendiri memberikan lagu Kenangan kepada Zack (kiri). FOTO Arkib NSTP dan Instagram Zack Zakwan
Michelle Gun


PENYANYI Haqiem Rusli meminta pengikutnya supaya tidak membandingkan dirinya dengan Zack Zakwan untuk single Kenangan yang dicipta bagi  pendatang baru itu.

Haqiem mengeluarkan kenyataan itu di Twitter berikutan maklum balas pendengar terhadap lagu Kenangan yang juga single sulung Zack.

"Janganlah bandingkan saya dengan Zack Zakwan untuk Kenangan. Bagi ruang dekat dia untuk menempah nama, kita dalam muzik ini sentiasa tolong-menolong," katanya.

Penyanyi Selamat Tinggal Sayang itu menjelaskan dia mempunyai sebab memberi lagu Kenangan kepada Zack.

"Suara dia yang gemersik merdu itu yang buat saya terdetik," katanya.

Bagi Haqiem, menjadi penyanyi bukan sekadar mengejar populariti tetapi perlu ikhlas dalam berkarya.

"Populariti akan seiring jika kita terus memberi kualiti," katanya.

Single Kenangan kini menduduki tangga ke-36 carta Trending YouTube dan sudah ditonton lebih 114,328 kali sejak dilancarkan pada 15 Februari lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Februari 2019 @ 9:56 PM