ALYAH beberapa kali dilanda kontroversi berhubung kisah rumah tangganya . FOTO - NSTP.


“BARU aku tersedar yang aku sangat merindui dia,” luah penyanyi Datin Alyah di Instagram sekali gus mencetuskan spekulasi mengenai hubungannya dengan suami yang juga pengarah muzik dan pengkritik popular, Datuk Ramli MS.

Alyah yang berkongsi foto suaminya bersama seorang kanak-kanak di sebuah restoran mencuri perhatian netizen hari ini.

Menerusi foto yang dimuat naik, Alyah meluahkan rasa rindu dan berharap apa yang berlaku semalam akan kembali baik.

“Dia apa khabar? Mungkin semalam aku terlalu marah tapi hari ini Allah sejukkan hati ini dalam reda mu ya Allah.

“Semoga dia baik-baik saja. Hanya doa peneman setia,” tulisnya.

Perkongsian foto yang dimuat itu mendapat reaksi netizen yang beranggapan hubungan mereka sekali lagi dilanda masalah.

Rata-rata netizen memberikan kata semangat dan mendoakan rumah tangga yang dibina terus kekal bahagia.


GAMBAR dan status yang dimuat naik Alyah di Instagram. FOTO Instagram Alyah.

Bagaimanapun, Alyah tidak menunggu lama untuk menjernihkan keadaan apabila memaklumkan hubungannya dengan Ramli masih baik dan bersarapan bersama.

Katanya, luahan rasa rindu itu dibuat untuk kanak-kanak itu yang juga anak saudaranya.

“Saya rindu sama si kecil kerana dia sudah bersekolah jadi jarang jumpa,” tulisnya dalam ruangan komen.

Sebelum ini, penyanyi lagi Jutaan Purnama mencetuskan kontroversi apabila menulis komen berbaur sindiran kepada suaminya dan menggambarkan hubungan rumah tangganya dilanda badai.

Alyah dan Ramli berkahwin pada 18 Mac 2013.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Februari 2019 @ 4:26 PM