AYDA Jebat harap hubungan Janna Nick dan Sheila Rusly pulih semula. FOTO Arkib NSTP.
Syafil Syazwan Jefri


PELAKON dan penyanyi, Ayda Jebat, tidak merasakan krisis antara Janna Nick dan Sheila Rusly sebagai gimik untuk menaikkan 'rating' drama Leftenan Zana lakonan kedua-dua pelakon itu.

Leftenan Zana yang ditayangkan di slot Lestary TV3 menggunakan lagu Mata nyanyian Ayda sebagai OST.

“Saya tak rasa itu gimik semata-mata kerana drama itu adalah naskhah sangat baik dan tak perlukan publisiti sebegitu untuk menaikkan populariti.

“Saya ada terbaca mengenai keretakan hubungan antara Sis (Sheila) dan Janna. Sayang kerana saya tahu, kedua-dua mereka sangat rapat.

"Namun, saya pun tak boleh nak mengulas lanjut mengenainya kerana saya tidak tahu apa yang berlaku," katanya kepada Harian Metro.

Ayda, 27, berharap agar hubungan antara kedua-dua selebriti itu akan kembali baik.

"Saya harap, hubungan mereka akan kembali baik dan sekiranya ada masalah yang menjadi punca perbalahan, semuanya dapat diselesaikan dengan baik," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Februari 2019 @ 1:22 AM