ERRA dikatakan sudah lama tidak bersua muka dengan Shahir. FOTO NSTP.
Georgie Joseph


“PUTUS ke? Betul ke? Memandai-mandai je. Kalau bercinta, alhamdulillah. Soal jodoh di bawah kuasa Allah,” kata pelakon dan penyanyi popular, Datuk Awie, 50, mengenai kenyataan Erra Fazira yang tidak pasti dengan status hubungannya dengan penyanyi Shahir, baru-baru ini.

Awie berkata, sebagai sahabat lama dia yakin Erra, 45, seorang wanita kuat dan pasti bertemu jalan terbaik dalam menyelesaikan masalahnya.

“Saya percaya Erra kuat. Dia akan temui jalan dia sendiri nanti, insya-Allah. Sebagai seorang kawan dan sahabat, saya sentiasa doakan dia.

“Bukan hari ini saja tetapi sampai bila-bila. Saya sentiasa doakan kawan-kawan supaya berjaya dunia dan akhirat,” katanya.

Baru-baru ini, Erra mengakui sudah lama tidak bersua muka dengan Shahir yang dikatakan menjalin hubungan cinta dengannya.

Namun, Erra mengakui masih berhubung dengan juara Akademi Fantasia musim kelapan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Mac 2019 @ 1:12 PM