Sudirman Mohd Tahir


PELAKON Amyra Rosli bersama suami yang juga pelakon, Amar Baharin mengakui merancang keluarga dalam mendapatkan anak kedua.

Amyra, 28, berkata, dia mahukan anak sulung mereka, Aqeef Anaqi yang kini berusia setahun lima bulan menginjak usia tiga tahun sebelum mereka berfikir untuk menambah anak.

“Buat masa sekarang belum ada perancangan mahu tambah anak. Kalau nak anak kedua pun, biarlah Anaqi berusia tiga tahun dulu.

“Bagi saya, itu tempoh yang sesuai. Apatah lagi, macam sekarang saya dan Amar sedang sibuk. Amar juga bersetuju untuk kami jarakkan usia anak sebelum fikir mahu besarkan keluarga. Kami berfikir banyak perkara sebelum ambil keputusan ini,” katanya.

Dalam masa sama, Amyra berkata, dia juga menolak untuk berlakon dengan suami untuk watak suami isteri.

PASANGAN artis, Amar Bahrin bersama isteri Amyra Rosli dan anak, Aqeef Anaqi pada Malam Eksklusif Meletop 2019 di Astro Bukit Jalil. -Foto Azhar Ramli
PASANGAN artis, Amar Bahrin bersama isteri Amyra Rosli dan anak, Aqeef Anaqi pada Malam Eksklusif Meletop 2019 di Astro Bukit Jalil. -Foto Azhar Ramli

“Kami menolak watak yang menggandingkan kami sebagai suami isteri. Kalau boleh tidak mahu timbul masalah terutama membabitkan soal hukum syarak.

“Apatah lagi jika terdapat skrip yang membawa kepada kemusykilan dalam hubungan sebenar kami, ia sebaiknya dielakkan.

“Kalau watak adik-beradik atau apa saja, kami okey asalkan bukan suami isteri. Ini kerana pernah terjadi sebelum ini membabitkan pasangan sebenar yang melakonkan watak perceraian. Perkara itu menimbulkan masalah.

“Kami tidak mahu disebabkan perkara sebegitu kami kena ke mahkamah. Kalau boleh, kami elak,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Mac 2019 @ 6:26 PM
Digital NSTP Subscribe