NELYDIA yang popular menerusi drama Lafazkan Kalimah Cintamu enggan membuka mulut mengenai butiran perkahwinannya.

Selepas aktres Nelydia Senrose terpalit kontroversi sewaktu menerima kejutan daripada kenalan rapat yang menganjurkan ‘Bachelorette Party’ untuknya, Cik Pang antara individu yang tertunggu-tunggu bilakah tarikh sebenar pelakon ini bakal berkahwin.

Bukan saja Cik Pang, rasanya ramai tidak sabar mahu melihat aktres jelita itu disatukan dengan jejaka pilihan hatinya yang dikenali sebagai Hafiz.

Meskipun mengesahkan bakal bernikah tahun ini, Nelydia yang popular menerusi drama Lafazkan Kalimah Cintamu enggan membuka mulut mengenai butiran perkahwinannya.

Bagaimanapun baru-baru ini teman Cik Pang memaklumkan aktres itu khabarnya akan bernikah pada minggu pertama April depan.

Jika benarlah apa yang disampaikan itu, ini bermakna tinggal kurang dua minggu saja lagi Nelydia bakal bergelar isteri orang.

Di kesempatan ini juga Cik Pang mengucapkan sekalung tahniah buat Nelydia kerana bakal membuka lembaran baharu dalam hidupnya.

Cik Pang doakan semoga Nelydia berbahagia hingga ke jannah dan dikurniakan zuriat yang ramai.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Mac 2019 @ 5:30 AM