EIRA terpaksa memadam gambar kelakuan tidak senonoh Azad di Instagram miliknya kerana tidak mahu kehilangan peminat. FOTO Mahzir Mat Isa
EIRA terpaksa memadam gambar kelakuan tidak senonoh Azad di Instagram miliknya kerana tidak mahu kehilangan peminat. FOTO Mahzir Mat Isa
Ramlah Zainal


“SAYA anggap bergambar dengan patung ini sebagai seni dan ia juga unik.

“Saya tidak kisah dengan kecaman warganet kerana bukan semua mengecam kerana ada juga mendoakan yang baik buat kami,” kata pelakon Azad Jasmin ketika mengulas gambarnya dengan patung yang dimuat naik di laman Instagram miliknya dan isteri, Eira Syazira mendapat kecaman warganet.

Menurut Azad, dia tertarik untuk memuat gambar bersama patung itu ketika berkunjung ke Pelabuhan Ratu, Jawa Barat, Indonesia, baru-baru ini.

“Saya mendapati patung ini sangat unik dan tidak ada di negara kita.

“Saya juga memuat gambar bersama patung ini untuk bergurau saja dan sedia jika gambar ini mendapat kecaman daripada warganet,” katanya kepada Harian Metro.

Azad ditemui pada majlis pelancaran program Travel Like Local X Aussie yang berlangsung di sebuah kafe di Kuala Lumpur, hari ini.

Sementara itu, Eira pula berkata, dia terpaksa memadam gambar Azad bersama patung itu daripada Instagram miliknya kerana tidak mahu kehilangan pengikutnya.

“Gambar Azad bersama patung itu juga turut mencetuskan perbalahan dalam kalangan peminat saya.

“Bagi mengelakkan perbalahan ini berterusan lebih baik saya memadamkan gambar ini dengan segera,” katanya.

Terdahulu, pasangan pelakon itu mendapat kecaman warganet selepas berkongsi gambar bersama patung.

Menerusi entri di Instagram, Eira berkongsi gambar Azad dengan kelakuan yang tidak menyenangkan pengikutnya.

"Adoih laki aku ni. Ini yang dikatakan Art ka daddy. hahahahaha. You ni mad la sayang. @azadsyazirarose The Art Of Punai. hahahaha.

"The Art Of ‘buah nyok’ kata laki akuuuu hauwau," tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet mengecam gambar yang dimuat naik Azad itu dan berharap mereka lebih berhati-hati.

Azad dan Eira berkahwin pada 2012 serta dikurniakan tiga anak iaitu Amara Sofea Rose, Ameisya Leanne Rose dan Areisya Suri Rose.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Mac 2019 @ 8:12 PM