EDDY, gitaris Projector Band. - FOTO Instagram Projector Band.
EDDY, gitaris Projector Band. - FOTO Instagram Projector Band.
Anggota terkini Projector Band, (dari kiri) Zainal, Razif, Iskandar, Safiq dan Khusairi. - FOTO Instagram Projector Band
Anggota terkini Projector Band, (dari kiri) Zainal, Razif, Iskandar, Safiq dan Khusairi. - FOTO Instagram Projector Band
Syafil Syazwan Jefri


“Kami bukan bergaduh atau ada masalah tetapi Eddy direhatkan kerana perlu menjaga ibunya yang sakit. Tempat Eddy kini digantikan dengan gitaris baru, Zainal,” kata gitaris utama kumpulan Projector Band, Angah bagi menjawab pertanyaan peminat mengenai ketiadaan Eddy.

Eddy atau nama sebenarnya Razif Zainuddin menegaskan Eddy masih lagi anggota band itu dan berharap peminat tidak salah faham.

“Eddy tidak pernah meninggalkan band kami. Cuma dalam keadaan sekarang dia perlu fokus menjaga ibunya.

“Di awal kemunculan kami dulu, ayah Eddy meninggal dunia. Sekarang ibunya pula sakit dan hanya Eddy dapat menjaga ibunya kerana kakaknya melanjutkan pengajian.

"Ingin saya tegaskan di sini, Eddy masih lagi keluarga Projector Band. Cuma, jika ada persembahan tempatnya akan digantikan Zainal,” katanya.

Zainal atau nama sebenarnya Zainal Amir Hamzah menyertai Projector Band sejak Mac lalu ketika band itu merakamkan single terbaru berjudul Cinta Kita.

Selain Eddy dan Zainal, Projector Band masih mengekalkan anggota asal iaitu Iskandar sebagai vokalis, Ahmad Khusairi (bass) dan Safiq (dram).

Cinta Kita adalah single ketujuh band itu yang dilancarkan tiga minggu lalu di YouTube dan dan sehingga kini video liriknya sudah mencecah 300,000 tontonan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 April 2019 @ 5:31 PM