PU Azman. FOTO Mohd Asri Saifuddin Mamat
Syanty Octavia Amry


TINDAKAN segelintir netizen mengkritik pelawak Shuib sebagai dayus berikutan meminta izin isterinya, Siti Sarah untuk membeli motosikal diselar bekas peserta Pencetus Ummah (PU) Azman.

Azman menerusi Instagram memuat naik status yang menganggap apa yang dilakukan Shuib sebagai menghormati keberadaan isteri di samping suami.

“Suami minta pendapat atau izin isteri untuk beli motosikal baru itu bukan dayus. Itu suami yang menghormati keberadaan isteri di sisi. Dayus ini ialah suami yang biarkan anak dan isteri mendedah aurat tanpa nasihat dan didikan agama,” katanya.

Azman memuat naik hantaran berkenaan bagi memberi teguran kepada segelintir netizen yang mengecam dan mengkritik apa yang dilakukan Shuib.

Menurutnya, ramai yang salah guna istilah berkenaan yang boleh membawa kepada fahaman yang salah.

“Rasulullah pernah berlumba lari dengan isterinya, Aisyah dan Aisyah menang. Sebenarnya boleh saja Baginda menang, tetapi Rasulullah hendak wujudkan suasana romantik,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Jun 2019 @ 2:12 PM