MAWI. FOTO Mohd Khairul Helmy Mohd Din
Norhayati Nordin


IBU Mawi, Ramlah Sarlan, 73, meninggal dunia di rumahnya di Felda Taib Andak, Kulai, Johor, kira-kira jam 8 malam tadi akibat komplikasi beberapa penyakit.

Isteri Mawi, Nora'Asikin Rahmat atau Ekin menerusi hantaran di Instagram berkata, mereka sekeluarga mula berkampung di hospital sejak arwah dimasukkan ke wad pada 9 Jun lalu.


JENAZAH ibu Mawi, Ramlah di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Taib Andak Kulai.

“Walaupun keadaan mak lemah, tapi mak cekal dan kuat. Tak pernah dengar dia merungut. Betapa hebatnya mak. Sudah tiba masanya untuk mak berehat,” katanya.

Difahamkan, arwah meminta dibawa pulang ke rumah, semalam.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Taib Andak pagi hari ini.

Mawi yang pernah mencetus fenomena selepas menjuarai Akademi Fantasia musim ketiga turut kehilangan bapa, Ani Ahmad yang meninggal dunia pada 2006 akibat masalah jantung.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Jun 2019 @ 11:27 AM