NURUL Adni Nuha kini berada di ICU Hospital Serdang.
NURUL Adni Nuha kini berada di ICU Hospital Serdang.


PEMAIN bass kumpulan Drama Brand, Daus berharap anak keduanya, Nurul Adni Nuha yang kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang berada dalam keadaan baik. Daus berkata, Nuha dilahirkan pada 11 April lalu mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru.

“Nuha seorang bayi yang sihat dan memang tidak menghidap sebarang penyakit termasuk demam kuning. Bagaimanapun pada 16 Jun lalu, dia tiba-tiba diserang demam, batuk dan selsema.

Kemudian keadaan kesihatannya tiba-tiba menjadi lemah, batuk teruk serta sesak nafas hingga dikejarkan ke hospital dan dirawat di zon kritikal Hospital Serdang,” katanya.

Menurut Daus, Nuha terpaksa menggunaka alat bantuan pernafasan kerana keadaan kesihatannya yang lemah.

NUHA terpaksa menggunaka alat bantuan pernafasan
NUHA terpaksa menggunaka alat bantuan pernafasan

“Dia terlalu penat dan tak mampu bernafas dengan sendiri sehingga terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan. Doktor turut mengesahkan terdapat jangkitan kuman di dalam paru-parunya. Jangkitan itu membuatkan paru-paru Nuha tertutup dan oksigen tidak sampai ke paru-paru. Saya bersama isteri tabah menghadapi ujian ini dan kami berharap Nuha segera sembuh,” katanya.

Menurut Daus, dia juga memohon orang ramai untuk mendoakan anaknya kembali sihat sempurna.

“Saya reda dengan ujian ini. Saya mohon peminat dan semua pihak agar mendoakan anak kedua kami cepat sembuh seperti selalu,” katanya.

Daus mendirikan rumah tangga dengan Nurul Aswani Zain, 30, pada 15 Mei 2015 dan mereka turut dikurniakan seorang lagi anak, Muhammad Na’im Irfan yang kini berusia tiga tahun.

DAUS bersama ahli keluarga.
DAUS bersama ahli keluarga.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Jun 2019 @ 5:06 PM