ALIFF bersyukur atas ujian Allah terhadapnya.
Syafil Syazwan Jefri


PENYANYI dan pelakon kontroversi, Aliff Aziz bersyukur atas segala ujian yang diturunkan kepadanya sejak kebelakangan ini sekali gus berjaya menjadikannya sebagai hamba yang kuat.

Aliff berkongsi perasaannya itu menerusi Instagram yang dimuat naik hari ini iaitu beberapa jam selepas bekas isterinya, Bella Astillah memuat naik hantaran di Instagram meminta netizen mendoakan yang terbaik buat Aliff.

Alif meneruis Instagram menulis dia berterima kasih kepada Allah atas ujian yang diberikan.

“Terima kasih Allah untuk ujian yang berikan kepadaku. Semoga aku menjadi manusia yang lebih kuat dan dekat kepada-Mu. Amin," tulisnya.

Hantaran itu turut menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Terdahulu, Bella meluahkan dia sudah memaafkan Aliff 100 peratus dan tidak menyimpan dendam.

Bella juga meminta netizen supaya mendoakan yang terbaik buat Aliff supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini kepada bekas suaminya itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Jun 2019 @ 5:00 PM