MIRA Filzah tidak menerima sebarang tekanan daripada ahli keluarga untuk berkahwin. FOTO Mahzir Mat Isa


AKTRES jelita Mira Filzah tidak meletakkan sebarang sasaran untuk mendirikan rumah tangga sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada jodoh dan ketentuan Allah.

Mira berkata, dia juga tidak menerima sebarang tekanan daripada ahli keluarga untuk melihat dirinya mempunyai keluarga dalam tempoh terdekat.

“Saya tidak pernah letak sebarang target untuk berkahwin. Saya hanya ikut aturan yang ditetapkan. Sampai masa saya berkahwin juga.

“Ibu juga tidak pernah bertanya soal ini. Malah dia lebih menggalakkan saya untuk terus bergiat aktif bekerja selagi masih ada permintaan,” katanya.

Katanya, setakat ini hatinya masih belum dimiliki dan bahagia dengan status solo terbabit.

“Banyak lagi perkara yang ingin saya kejar dalam bidang seni ini.

“Tidak pernah berasa tertekan atau sedih apabila diri ini masih solo.

“Kalau ada yang datang untuk berkawan dan kami saling faham antara satu sama lain, saya okey saja,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Julai 2019 @ 9:54 PM